Program Hari Keluarga 2009 MRSM Gerik telah diadakan pada 07 November (Sabtu) seawal jam 8.00 pagi. Semua anggota kerja MRSM Gerik berkumpul di Dewan Semarak Budi. Program dimulakan dengan sarapan pagi secara 'Pot Luck'.
Program yang diadakan secara gotong royong ini sangat meriah dengan kehadiran ahli keluarga anggota kerja. Pelbagai acara sukaneka telah diadakan pada hari tersebut. Antaranya acara meraut lidi, lari dalam guni, boling kelapa, isi air dalam botol, kukur kelapa dan terompah gergasi.
Tidak ketinggalan juga acara untuk kanak-kanak iaitu pertandingan mewarna, meniup belon, cari selipar, bawa bola dalam sudu dan merebut coklat.
