Thursday, November 12, 2009

Hari Keluarga 2009

Program Hari Keluarga 2009 MRSM Gerik telah diadakan pada 07 November (Sabtu) seawal jam 8.00 pagi. Semua anggota kerja MRSM Gerik berkumpul di Dewan Semarak Budi. Program dimulakan dengan sarapan pagi secara 'Pot Luck'.




Program yang diadakan secara gotong royong ini sangat meriah dengan kehadiran ahli keluarga anggota kerja. Pelbagai acara sukaneka telah diadakan pada hari tersebut. Antaranya acara meraut lidi, lari dalam guni, boling kelapa, isi air dalam botol, kukur kelapa dan terompah gergasi.


Tidak ketinggalan juga acara untuk kanak-kanak iaitu pertandingan mewarna, meniup belon, cari selipar, bawa bola dalam sudu dan merebut coklat.


Sementara itu, sebahagian dari kaum-kaum ibu dan bapa bertungkus lumus menyediakan jamuan makan tengahari yang dibuat secara gotong royong.



Pengetua menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi acara sukaneka.



Kemuncak program ialah jamuan makan tengahari dan acara cabutan nombor bertuah. Ketika sedang enak menjamu selera, majlis diserikan lagi dengan acara cabutan nombor bertuah.































































































Hari Kualiti 2009

Program Hari Kualiti 2009 telah diadakan di pada 06 November 2009 bertempat di Dewan Persidangan Gerik. Majlis yang dimulakan pada jam 2.45 petang ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Kapten Dr. Ahmad Damanhuri b. Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak.

Yang Berbahagia Kapten Dr.Ahmad Damanhuri sedang menyampaikan ceramah kualiti dan merasmikan Hari Kualiti 2009



Sempena Hari Kualiti ini juga, beberapa orang anggota kerja telah dipilih untuk menerima anugerah bagi beberapa kategori. Antara anugerah yang diberikan ialah Anugerah MC Sifar, Anugerah Anggota Kerja Terbaik Bulanan, Anugerah Anggota Kerja Dedikasi, Aktif Khidmat Masyarakat, Aktif Kokurikulum, Anugerah Khas Pengetua dan lain-lain.



Wajah-wajah ceria penerima anugerah.

Anggota Kerja Terbaik Bulan Okt 2009

En. Mohd Shaqib Izwan b. Mat Yusoff
Guru Bimbingan

Pn. Hafizah bt Chik
Pembantu Makmal

Anggota Kerja Terbaik Bulan Sept 2009

En. Abd Rahim b. Ismail
Guru Pendidikan Islam

Pn. Zubaidah bt Zamri
Pembantu Tadbir (Stor)

Wednesday, September 16, 2009

ANGGOTA KERJA TERBAIK BULAN OGOS

Siti Salmah bt Wahid
Guru Sejarah

Nor Hidayu bt Adrus Saiadi
Pembantu Tadbir (Asrama)

BUBUR LAMBUK

Gotong royong menyediakan bubur lambuk sempena Moreh Kemerdekaan diadakan pada hari Isnin 14 Sept 2009.



Bubur lambuk yang telah siap dimasak di bungkus untuk diagihkan kepada warga MRSM Gerik pada majlis berbuka puasa.

MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA

Majlis Berbuka Puasa Perdana MRSM Gerik telah diadakan pada hari Isnin, 14 Sept 2009 bertempat di Dewan Selera MRSM Gerik. Majlis ini diadakan serentak dengan Kemuncak Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat MRSM Gerik.

Majlis yang bermula pada jam 6.00 petang ini, dimulakan dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Khairul Basri b. Osman dari Pejabat Agama Gerik dengan tajuk Ramadhan dan Kemerdekaan : Tanggungjawab Seorang Pelajar
Pelajar-pelajar tekun mendengar ceramah yang disampaikan oleh yang berbahagia ustaz sementara menunggu waktu berbuka.


Majlis yang turut dihadiri oleh guru dan staf ini, dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli keluarga masing-masing.




Thursday, September 3, 2009

PERARAKAN HARI KEMERDEKAAN KE-52

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-52 Peringkat Daerah Hulu Perak telah diadakan pada 03 Sept 2009 bertempat di Lapangan Terbang Gerik. Perarakan bermula dari kawasan sekitar Padang Bandaran Gerik dimeriahkan dengan kehadiran 25 kontinjen dari pelbagai jabatan seawal jam 7.00 pagi. Kontinjen MRSM Gerik seperti tahun sebelumnya, tidak terkecuali untuk turut serta dalam perarakan tersebut.



Seramai 33 orang guru dan staf MRSM Gerik serta staf PMD Gerik telah mewakili MARA dalam perarakan tersebut.




Walaupun sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini di sambut dalam bulan Ramadhan, namun semangat kemerdekaan yang ada dalam diri, tidak sekali-kali mematahkan semangat rakyat Malaysia, termasuk warga MRSM Gerik untuk sama-sama meraikannya.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
1 MALAYSIA




Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan


Thursday, August 27, 2009

CERAMAH RAMADAN

Ceramah agama bersempena bulan Ramadan telah diadakan pada 27 Ogos 2009 bertempat di Pusat Sumber Pembelajaran MRSM Gerik. Ceramah telah disampaikan oleh Yang berbahagia Dr. Haji Mohd Fahmi b. Haji Abdul Khir, Pensyarah Kolej Komuniti Gerik.


Ustaz Fahmi begitu bersemangat dan ceria

ketika menyampaikan ceramah

Sesi soal jawab

Semoga ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

Friday, August 21, 2009

SELAMAT BERPUASA


ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2008

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2008 Peringkat Negeri Perak telah diadakan pada hari Rabu, 05 Ogos 2009 bertempat di Dewan Serbaguna, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Seramai 7 anggota kerja dari MRSM Gerik telah diberi penghormatan untuk menerima anugerah tersebut. Semoga dapat mengekalkan prestasi dan menjadi motivasi kepada anggota kerja yang lain.


En. Muhamad Abu Bakar b. Ismail
Timbalan Pengetua (Kokurikulum)


Pn. Roheza bt Abd Karim
Ketua Jabatan Sains Sosial


Cik Azwani bt Osman
Guru Sains


Pn. Norzairiah bt Zainuddin
Guru Matematik


Cik Sharifah Farahhasina bt Syed Husin
Guru Kanan Bahasa Inggeris


Pn. Ummi Aimah bt Amram
Pemb. Tadbir (K) Asrama


En. Mohd Yunus b. Omar
Pemb. Am Makmal






Tuesday, August 18, 2009

ANGGOTA KERJA TERBAIK BULANAN

Anugerah Anggota Kerja Terbaik Bulanan merupakan salah satu bentuk pengiktirafan yang diberikan kepada anggota kerja yang menunjukkan hasil kerja yang cemerlang dan berkualiti di Pusat-Pusat Pentadbiran MARA.

Pengiktirafan ini bukan sahaja memberi motivasi dan mendorong anggota kerja supaya menjalankan tugas dengan baik, tetapi juga merupakan satu galakan untuk bersaing bagi meningkatkan lagi imej dan produktiviti organisasi.



Pn. Hairul Razimah bt Md Dalis
Guru Terbaik Bulan Julai 2009



En. Mohd Sabirin b. Lahamad
Staf Terbaik Bulan Julai 2009