Thursday, November 12, 2009

Hari Keluarga 2009

Program Hari Keluarga 2009 MRSM Gerik telah diadakan pada 07 November (Sabtu) seawal jam 8.00 pagi. Semua anggota kerja MRSM Gerik berkumpul di Dewan Semarak Budi. Program dimulakan dengan sarapan pagi secara 'Pot Luck'.




Program yang diadakan secara gotong royong ini sangat meriah dengan kehadiran ahli keluarga anggota kerja. Pelbagai acara sukaneka telah diadakan pada hari tersebut. Antaranya acara meraut lidi, lari dalam guni, boling kelapa, isi air dalam botol, kukur kelapa dan terompah gergasi.


Tidak ketinggalan juga acara untuk kanak-kanak iaitu pertandingan mewarna, meniup belon, cari selipar, bawa bola dalam sudu dan merebut coklat.


Sementara itu, sebahagian dari kaum-kaum ibu dan bapa bertungkus lumus menyediakan jamuan makan tengahari yang dibuat secara gotong royong.



Pengetua menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi acara sukaneka.



Kemuncak program ialah jamuan makan tengahari dan acara cabutan nombor bertuah. Ketika sedang enak menjamu selera, majlis diserikan lagi dengan acara cabutan nombor bertuah.































































































Hari Kualiti 2009

Program Hari Kualiti 2009 telah diadakan di pada 06 November 2009 bertempat di Dewan Persidangan Gerik. Majlis yang dimulakan pada jam 2.45 petang ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Kapten Dr. Ahmad Damanhuri b. Ibrahim, Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak.

Yang Berbahagia Kapten Dr.Ahmad Damanhuri sedang menyampaikan ceramah kualiti dan merasmikan Hari Kualiti 2009



Sempena Hari Kualiti ini juga, beberapa orang anggota kerja telah dipilih untuk menerima anugerah bagi beberapa kategori. Antara anugerah yang diberikan ialah Anugerah MC Sifar, Anugerah Anggota Kerja Terbaik Bulanan, Anugerah Anggota Kerja Dedikasi, Aktif Khidmat Masyarakat, Aktif Kokurikulum, Anugerah Khas Pengetua dan lain-lain.



Wajah-wajah ceria penerima anugerah.

Anggota Kerja Terbaik Bulan Okt 2009

En. Mohd Shaqib Izwan b. Mat Yusoff
Guru Bimbingan

Pn. Hafizah bt Chik
Pembantu Makmal